Cari Blog Ini

Ahad, 26 Disember 2010

CARA MENGHALAU JIN ATAU MAKHLUK HALUS

Salam,
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghalau Jin atau makluk halus dalam rumah,ofice dan sebagainya.

Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan biji lada hitam.

Ayat yang boleh dibaca ialah:-

1) Selawat keatas Nabi Muhammad SAW sebanyak 7x
2) Al - Fatihah 3x
     - dihadiahkan kepada Rasullullah dan para sahabat, ibu bapa serta niat yang dipohon.
3) Ayatul Kursi 1x atau pun lebih.
4) Boleh juga dibuat bacaan yassin.
5) Hembus ke atas lada hitam tersebut,

Bila semua sudah selesai, lada hitam tersebuat perlu dibaling keseluruh dinding rumah bermula dari hadapan pintu rumah sebelah kiri iaitu melawan arah jam sehingga bertemu semula pintu utama rumah tadi. Semasa membaling, kita perlulah makrifat seolah-olah makluk halus itu berada didinding rumah berikut kerana makluk halus ini selalu akan berada dipenjuru dinding-dinding rumah. Jika makluk halus itu ada, bila terkena lada hitam, Insya Allah akan binasalah ia.

Dan seeloknya, semasa balingan dibuat, seorang mestilah Azan dihadapan pintu rumah atau memasang radio atau tv semasa azan berkumandang.

Insya Allah, larilah makhluk halus tersebut.

Sekian,selamat mencuba.
Wsalam

1 ulasan:

  1. kalau balingsebelah kiri ikut arah jam la...klu mula dari sebelah kanan baru lawan arah jam...lembab betul....agak-agak la....main bedal je

    BalasPadam