Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Januari 2011

Cara Mudah untuk melindungi Diri dari Gangguan Syaitan

Salam,

Dibawah ialah surah yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dari gangguan syaitan.

AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)


BACAAN

            Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas


CARA

1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

Sekian, Selamat beramal.

Wsalam.


Tanda-tanda Diganggu Makhluk Halus

Salam,
Dibawah ialah beberapa tanda-tanda seseorang yang sering digangu oleh makhluk halus.

TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR
  1. Sangat susah untuk tidur pada waktu malam, sekalipun dapat tidur ia mengambil masa yang lama.
  2. Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
  3. Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik untuk meminta pertolongan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
  5. Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjng, unta, singa, serigala, dan tikus.
  6. Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
  7. Perasaan sedih ketika tidur.
  8. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  9. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  10. Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  11. Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
  12. Mimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR
  1. Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
  3. Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
  4. Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
  5. Saraf yang tersumbat.
  6. Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya
Jika semua perkara diatas terdapat pada diri seseorang, sila dapatkan bantuan perubatan dengan cara Islam dengan kadar segera supaya makhluk halus ini tidak bersarang didalam tubuh pesakit. Insya Allah, penyelesaian dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Insya Allah.

Sekian,
Wsalam.